Alkisahnya...terdapatlah dalam sirah mengenai asal usul lintah ni...
Kisah Nabi Ayub yang badanya habis dimakan oleh ulat,Baginda berdoa kepada ALLAH SWT,supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada ALLAH SWT.
“...dan sesungguhnya nabi ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”sumber: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html
Oleh sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan ALLAH SWT ini mempunyai banyak kebaikan
kepada manusia di bumi ini untuk di menafaatkan bersama,InsyaAllah.
INFO LINTAH
Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.
Penghisap hadapan (interior Sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah. Manakala penghisap belakang berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas). Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak.
Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.
Lintah telah lama diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejak berabad-abad yang lampau sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.
Sekarang ni pun,dah banyak produk di pasaran tempatan terhasil dari lintah ni,antaranya Minyak lintah ( urut ),krim pencuci muka,krim membuang lemak,minyak rambut dan sebagainya.
YANG KITA TAK TAHU DAN NAK TAHU
1-terdapat 650 spesis lintah
2-lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
3-kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
4-lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
5-lintah mengeluarkan telur seperti jelly,jika lintah bertelur di tanah ia akan membentuk kokun.
terdapat antara 20 hingga 50 anak lintah didalam satu kokun.adakalanya lebih dari itu.
6-tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan
cacing tanah dan lain-lain.
7-Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia
memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
8-Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
9-Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan
pembekuan darah
10-Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
11-Lintah boleh menghisap darah sehingga 5 kali berat badannya
12-Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi.
Kemungkinan ketika India purba
13-Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada
kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual.
14-Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk
memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
15-Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
16-Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
17-Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal
KEHIDUPAN LINTAH
Lintah dikategorikan dalam Filum Annelida (cacing bersegmen) kelas Hirundinea. Lintah merupakan hidupan yang bersegman dan berulas, walaupun hamper sana dengan cacing tanah, ia mempunyai car hidup yang amat berbeza dab terperinci.
Badan lintah terbahagi kepada jumlah bahagian yang sama iaitu 34 ulas, dengan kuasa lekatan yang amat kuat dikedua dua hujung dan pangkal. Bentuk badannya yang lebar pada bahagian atas dan bawah. Bentuk bandan nya yang mampu berubah mengikutkeadaaan, tetapi kebanyakannya mampu memanjang pada tahap teetentu bergantung pada tahap tertentu kepada saiz danb kekuatan nya . mempunyai 2 penghisap (sucker) iaitu dihadapan dan dibelakang.
Lintah mempunyai 3 rahang dan membentuk huruf Y tetapi tidak bersambung.
Jenis yang berbeza
Lintah dibezakan mengikut kaedah ia makan. Satu kumpulan (lintah berahang atau Gnatbobdellida) menpunyai dan gigi untuk menggigit mangsa. Sejenis cecair yang dinamakan hidrudin dihasilkan daripada sel sel hidup dan bertindak sebagai pengantikental. Ia amat berbeza daripada pacat.
Kumpulan kedua ( tiada rahang atau Rhyncobdellida) dimana lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai kedalam mangsa dan mengeluarkan enzim hemetin bagi menlenyapkan pembekuan selepas terbentuk
Kempulan ketiga merupakan lintah bulan dimana jenis ini tiada rahang mahupun gigi dan akan menelan kulat atau serangga.
Pernafasan
Lintah bernafas melaluikeseluruhan dinding badannya dan pergerakkan yang perlahan dan beralun adalah untuk membantunya menukarkan gas. Lintah yang hidup didialam air cenderung untuk bergerak dipermukaan apbila mendapati ia kekurangan bekalan aksigen didalam air.
Deria
Organ deria rasa yang terletak dibahagian hadapan dan belakang mampu member maklumat kepada lintah mengenai ketelusan cahaya, suhu dan pergerakan. Penerima kimia dikepala member maklumat mengenai baud an disitu mempunyai beberapa pasang mata.
Lintah yang tiada rahang (Rhyncobdellids) mampu mengubah warna mengikut keadaan akan tetapi ia gagal menyamar sekiranya ia tidak dapat memastikan mangsa pada masa itu.
Pembiakan
Lintah mempunyai kedua dua jantina iaitu kemaluan ja
ntan dan betina. Sepertiu cacing tanah lintah juga menpunyai klitelum, ia akan berada dikulit tebal ketika musim membiak. Persenyawaan melibatkan kedua dua alat kelamin dimana badan menghasilkan sperma berhampiran dengan bahagian klitelum. Bagi lintah (Rhyncobdellis) ia todak mempunyai alat kelamin jantan akan tetapi dinding badannya mampu menghasilkan sperma.
Sperma ini akan menuju kerahim dimana penyatuab bertempat. Klitelum pula mengeluarkan sejenis cecair yang pekat yang dikenali sebagai kokon yang mengandungi nutrin untuk meneluarkan anak didalam nya.
Lintah akan melepaskan kokon ini sebaik saja ia melepasi bahagian kepala lintah.
Kokon akan ditinggalkan pada bata kayu atau daun dan akan dipenuhi dengan buih. Selepas beberapa minggu,kokom tadi akan berubah menjadi juvenile (anak Lintah). Juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa tetapi saiznya yang kecil dan berwarna merah. Purata tempoh matang ialah 6 bulam selepas keluar dari kokon domana pada peringkat ini ia sudah mampu mengawan. Lintah tempatan (Hirudinaria Manillensis) dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mampunyai tahap pembiakkan yang tinggi pada umur sekitar 2 hingga 3 tahum.
Permakanan Lintah
Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpamg haiwan lain. Sesetengan lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lempu kerbau dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dapat menghisap darah yang tercatat di atas ia akan mencari mangsa lain seperti ikan katak belut dan sebagainya.
Selepas menghisap darah sehingga kenyang , ia akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. Teopoh penghadamannya agak panjang dan manpu bertahan sehingga berbulan bulan setelah mendapat makanan.
Habitat Lintah
Kebanyakan lintah merupakan hidupan air tawar akan tetapi ada juga yang hidup didarat. Lintah yang hidup didarat biasanya boleh didapati dihutan hujan. Lintah jenis ini tidak tahu berenang akan tetapi mempu bertahan lama sekiranya tenggelam. Dikawasan yang panas dan kering, lintah akan bersembunyi didalam tanah atau ditempat yang lembab supaya ia dapatr bertahan dan hidup lebih lama. Dalam keadaan ini badannya akan menjadi kering dan mengcut dan ia tidak mampu menyedut darah. Dalam masa 10 minit sekiranya ia terkena percikan air ia akan kembali aktif. Lintah yang hidup didalam air pula lebih suka air yang tenang atau pun yang mengalir perlahan. Akan tetapi ada juga jenis yang hidup didalam air yang deras.
Untuk menjauhkan Lintah
Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya dijauhi lintah, ada berapa kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya
Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering
Menyapukan minyak kayu putih
Limau nipis dan lemon
sumber http://www.austmus.gov.au/factSheets/leeches.htm
Wednesday, 28 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment