CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 2 February 2009

KISAH NGERI..HUHU..TAKUT!!...

ULAT BERENGA DALAM HIDUNG

Para doktor di sebuah hospital di utara Thailand mengeluarkan 34 ekor berenga lalat yang bersarang dalam hidung seorang wanita.Akhbar The Nation melapurkan bahawa penternak babi yang berusia 38 tahun dan bearasal dari Chiang Mai itu menemui doktor selepas mengalami kesakitan pada bahagian pipi kiri.Setelah memeriksa rongga hidungnya didapati berenga lalat telah bersarang dengan banyaknya dibahagian berkenaan.

Menurut doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut berkata seekor lalat mungkin masuk ke dalam lubang hidung wanita tersebut sewaktu dia sedang tidur dan bertelur.Berenga lalat yang menetas itu telah memakan tisu hidung wanita tersebut hingga menyebabkan tulang rawan hidungnya terdedah.

Menurut doktor itu lagi ,wanita itu boleh mati jika jangkitan bakteria itu naik ke bahagian otak.Selepas menjalani pembedahan,wanita itu memerlukan antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria dalam hidungnya selama lima hari berturut-turut sebelum dia dibenarkan pulang.kese pada 1 may 2005 ini merupakan kejadian pertama yang dilapurkan bagi kes berenga lalat bersarang dalam hidung manusia.

Minggu lalu akhbar The Nation bahawa seorang doktor disebuah hospital phuket di selatan Thailand telah mengeluarkan 50 ekor berenga lalat daripada telinga seorang lelaki berusia 84 tahun selepas dia mengadu gatal telinga.

Hospital yang sama juga mengeluarkan seekor lintah sepanjang 8 cm daripada kerongkong seorang pemuda berusia 19 tahun minggu laluselepas dia sering mengadu sakit tekak.-AFP

di petik dari

http://www.fazamania.com/


Betul ke tu,uih..takut aku dibuatnya,harap-harap takde la kes macam ni di malaysia.

No comments:

Post a Comment