Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Alhamdulillah dengan berkatnya,dapat juga aku dengan family
memulakan projek ternakan lintah ni..walaupun agak sukar
pada mulanya..namun dengan semangat yang tidak pernah kalah
aku tetap meneruskan projek ini..peh!! mcm ahli politik lak,
bukan nya apa..yelah..mula-mula kena racun semak belakang umah,
pastu kena ratakan lak dan tambak sikit tanah(almaklumlah
kawasan agak berpaya sikit )yang buat penatnya pasal semuanya
kena buat manual,tu yang haru sikit..huhu..
Dengan sedikit modal yang tak berapa nak banyak,aku mulakan
dengan sebuah kolam(kanvas) dulu.Untuk tatapan kalian
kat bawah ni ada le aku sertakan beberapa gambar sepanjang
projek pertama dari syarikat ANZ AGRO ENTERPRISE..
Syarikat aku le tu hihi..
Bertungkus lumus nampaknya.. kena ratakan ngan
batu-batu kecil pasal tanah agak lembut..
Akhirnya berjaya gak disiapkan tapak untuk letak
kolam lintah nanti..ok la ni..
Dah pasang pun kolamnya,keluasan 10' x 20'
..huh! besar tu..
Beberapa buah pasu dan paip pvc ( takde kat gambar ni)
di letakkan kat dalam kolam sebagai mahligai lintah..
demand betul la lintah ni..
Kemudian proses memasukkan air lak, hampir 2 jam
gak la nak tunggu..hmmm
Dah siap pun,diletakkan gak pokong kiambang sebagai
tempat berteduh..tunggu tuan rumah masuk je lagi...
Yehaa..perasmian,aku meletakkaninduk pertama
ke dalam kolam( 1000 ekor ).tak de potong reben ke...
Pengarah urusan turut meletakkanlintah ke kolam..
ada gaya tak?
yeh..kita dapat rumah baru ( itu la agaknya yang di katakan
oleh sang lintah - merepek je.. )
penambahan pokok rumpair bagi melindungi air dari terlalu
panas..lintah ni pun tak suka duduk panas-panas ni
Insya Allah..lepas ni,projek penambahan
kolam akan dilakukan..tunggu..
Wednesday, 28 January 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment