CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 31 January 2009

KEPENTINGAN LINTAH DALAM PERUBATAN

Lintah perubatan (Hirudo Medicinalis)
Secara kasar, cuma 600 spesis lintah sahaja yang telah dikenal pasti hingga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

Sejarah perubatan lintah
Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit, Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan “ pegang madu disebelah tangan dan lintah disebelah tangan lagi”. Selain itu, terapi lintah juga digunakan dalam perubatan kuno cina. Lukisan lintah perubatan telah dijumpai dalam makam dukun-dukun. Terapi lintah dalam perubatan Greek boleh dijumpai dalam puisi Alexipharmacia karya Nicandros. Pakar perubatan Roman, Galen, mengelaskan terapi lintah sebagai kaedah untuk mencapai keseimbangan kesihatan. Di masa lampau, lintah dibuktikan sebagai kaedah paling berkesan dalam banyak kes perubatan terutama melawan rawatan luka. Negara Eropah pada dekat ke 18 dan 19 telah mengimport lebih 10 juta lintah setiap tahun untuk memenuhi permintaan yang tanggi.

Penggunaan Klinikal
Penggunaan secara klinical pertama yang direkodkan terhadap lintah perubatan (Hirudo Medicinalis) berlaku kira-kira 2500 tahun yang lalu kerana gigitan lintah menyebabkan pendarahan luka kecil yang menyerupai venuos di kawasan tisu rosak, haiwan invertabrata kecil ini menjadi sangat bernilai kepada pembedahan plastic dan pembedahan pembinaan semula. Lintah tersebut menhasilkan beberapa jenis bahan penting yang membantu dalam gigitan iaitu bahan anti pembekuan darah dan vasodilator setempat. Bahan-bahan ini membolehkan pendarahan berterusan sehingga 48jam selepas lintah dipisahkan dari tempat luka.

Terapi Lintah digunakan untuk merawat:
1. glaucoma
2. myasthenia
3. inflammatory reactions
4. heart diseases
5. rheumatic diseases
6. tendovaginitis and tendonitis
7. venous disease and varicose veins
8. arthrosis
9. arthritis
10. muscle tension
11. trombosis and embolism
12. passive congestions and spastic conditions
13. vertebrogenic pain syndromes
14. transudates and exudates
15. antidyscratic therapy (blood purification and regeneration) of toxicosos and mental illnesses

Kelebihan Terapi Lintah
Kelebihan yang ketara dan keselamatan penuh terapi lintah dikaji dari pengalaman manusia beratus tahun tanpa ragu. Satu dari bahan pertama dijumpai dalam kelenjar liur lintah perubatan ialah hirudin (bahan yang menghalang proses pembekuan darah)

Kesan dari bahan aktif biologi keatas organisma hidup:
· menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari
· kesan anti-inflamasi yang amat cepat
· kesan anti stress dan adaptonege
· kesan immunostimulating dan immunomodulating
· anesthesia
· anti pembekuan
· kesan anti bacteria
· membaik pulih pertukaran endocelluar dan kesedaran pengunaan mekanisma ini
mempunyai karaktor setempat dan menyeluruh

FASA KE-2 BERMULA...

Berjumpa lagi kita...syukur kehadratnya sekali lagi,
setelah 3 bulan dari projek pertama dulu..kini
bermula la pulak projek fasa ke-2.Penambahan 4 lagi
kolam menjadikan ke- semuanya 5 kolam yang
diusahakan oleh ANZ AGRO ENTERPRISE.


Tapak kolam yang telah disiapkan sebelum
bulan puasa yang lalu...
















Kelihatan kolam pertama dihujung sana,sambil
berkibarnya bendera selangor haha...
















Tiang asas kolam siap untuk dipasang..huh!penat
sungguh kurasakan..bulan puasa beb..
















Nasib baik ada ramai yang membantu,cepat sikit
siapnya.. "apa yang penting!!kerjasama.."wonderpet
















kerja-kerja memasang tiang untuk bumbung
kolam, pengarah urusan bersama anak buahnya
sedang berbincang sesuatu..
















Nampak kemas dan tersusun..hasil kerja yang teliti.
berbaloi dengan kepenatan bekerja di bulan puasa nih.















Dah siap pasang kolam,pasang pagar lak..bukan takut lintah
lari,tapi takut dilarikan huhu..
















Aku sedang membasuh pokok kangkung puteri
bukan untuk makan,tapi untuk letakkan ke
dalam kolam.


















keadaan dalam kolam yang penuh dengan kehijauan
memberi keselesaan pada penghuninya..poyo je
stetment aku ni..














Sebahagian pemandangan kolam lintah,masih sedang
di ubahsuai,mcm nak buat taman jek..
















Induk-induk lintah,sedang menunggu untuk
dilepaskan ke dalam kolam..8 ribu ekor kesemuanya















Setiap bekas mempunyai 200 ekor induk..














Semoga Allah memberkati segala usaha hambaNya,
Aminn..

Friday, 30 January 2009

YANG PUTUS BOLEH DISAMBUNG OLEH LINTAH?...

RAWATAN LINTAH



Contoh Kes-kes menggunakan Rawatan Lintah

KES SATU:
RINGKASAN: seorang lelaki berumur 25 tahun jatuh dari tangga mengalami putus jari dan dijangkakan satu per tiga dari proximal phalanx.

Diikut oleh kegagalan membaik pulih venous dengan vein grafts, lintah telah digunakan dan warna kulit bahagian itu berubah dengan cepat.Rawatan diteruskan setiap 4 ke 6 jam. 5 hari selepas itu, aktiviti pembaik pulih bermula secara semulajadi. 8 hari selepas itu, saliran darah telah berjaya dibaik pulih.
3 minggu selepas itu, lapisan kulit mula terbentuk. 6 minggu selepas itu, diikuti dengan rawatan pergerakan aktif dan pasif dan juga coban taping, jari itu mengalami TAM pada 224 darjah

Prosedur yang dimuatkan dalam kes satu telah dijalankan dengan berjaya oleh Dr. D.H. Lalonde, B.Sc, M.Sc.,M.D., FRCSC Plastic and Reconstructive Surgery, St.John, N.B., Canada.


KES DUA:
RINGKASAN: seorang lelaki kulit putih berumur 45 tahun memgalami putus telinga di bahagian dua per tiga telinga kanan. Telinga itu di sambung semula mengunakan microovascular anastomosis pada kapilari luaran yang kecil. Tiada veins yang boleh digunakan untuk anastomosis. Tidak lama selepas anastomosis, berlaku venous congestion yang jelas. Lintah perubatan digunakan untuk merawat venous congestion.

24 jam selepasGambar mejunjukkan beberapa venous congestion dalam telinga yang disambung semula diikuti avulsion lengkap.
48 jam selepas3 ekor lintah telah di gunakan setiap 8 jam. Diikuti oleh permulaan penggunaan, kemajuan yang jelas dapat dikesan.

72 jam selepas3 ekor lintah telah digunakan setiap 8 jam untuk jangkamasa 14 ke 30 minit. Kemajuan dalam perubahan warna dan bengkak menyusut serta congestion dikesan.

6 hari selepasseluruh telinga yang disambung semula dapat digunakan dan pulih dengan baik..

Dua bulan selepaspemulihan lengkap telinga yang disambung semulaProsedur yang dimuatkan dalam kes dua telah dijalankan dengan berjaya oleh Dr. Kulwant S. Bhangoo, M.D.,F.R.C.S., FACS, FICS, Chief of Plastic Surgery at Mercy Hospital, Buffalo, New York. .

Wednesday, 28 January 2009

BERMULANYA SEBUAH PERJALANAN....

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
Alhamdulillah dengan berkatnya,dapat juga aku dengan family
memulakan projek ternakan lintah ni..walaupun agak sukar
pada mulanya..namun dengan semangat yang tidak pernah kalah
aku tetap meneruskan projek ini..peh!! mcm ahli politik lak,
bukan nya apa..yelah..mula-mula kena racun semak belakang umah,
pastu kena ratakan lak dan tambak sikit tanah(almaklumlah
kawasan agak berpaya sikit )yang buat penatnya pasal semuanya
kena buat manual,tu yang haru sikit..huhu..


Dengan sedikit modal yang tak berapa nak banyak,aku mulakan
dengan sebuah kolam(kanvas) dulu.Untuk tatapan kalian
kat bawah ni ada le aku sertakan beberapa gambar sepanjang
projek pertama dari syarikat ANZ AGRO ENTERPRISE..
Syarikat aku le tu hihi..



Bertungkus lumus nampaknya.. kena ratakan ngan
batu-batu kecil pasal tanah agak lembut..















Akhirnya berjaya gak disiapkan tapak untuk letak
kolam lintah nanti..ok la ni..
















Dah pasang pun kolamnya,keluasan 10' x 20'
..huh! besar tu..
















Beberapa buah pasu dan paip pvc ( takde kat gambar ni)
di letakkan kat dalam kolam sebagai mahligai lintah..
demand betul la lintah ni..
















Kemudian proses memasukkan air lak, hampir 2 jam
gak la nak tunggu..hmmm

















Dah siap pun,diletakkan gak pokong kiambang sebagai
tempat berteduh..tunggu tuan rumah masuk je lagi...
















Yehaa..perasmian,aku meletakkaninduk pertama
ke dalam kolam( 1000 ekor ).tak de potong reben ke...

















Pengarah urusan turut meletakkanlintah ke kolam..
ada gaya tak?

















yeh..kita dapat rumah baru ( itu la agaknya yang di katakan
oleh sang lintah - merepek je.. )

















penambahan pokok rumpair bagi melindungi air dari terlalu
panas..lintah ni pun tak suka duduk panas-panas ni















Insya Allah..lepas ni,projek penambahan
kolam akan dilakukan..tunggu..

LINTAH?..APE CERITA YEK...

Alkisahnya...terdapatlah dalam sirah mengenai asal usul lintah ni...
Kisah Nabi Ayub yang badanya habis dimakan oleh ulat,Baginda berdoa kepada ALLAH SWT,supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada ALLAH SWT.

“...dan sesungguhnya nabi ayub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada allah ta'ala. kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-nya. lalu allah ta'ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri nabi ayub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia....”sumber: http://www.geocities.com/kisahkisahteladan/kisahnabiayuub.html

Oleh sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan ALLAH SWT ini mempunyai banyak kebaikan
kepada manusia di bumi ini untuk di menafaatkan bersama,InsyaAllah.

INFO LINTAH

Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.
Penghisap hadapan (interior Sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah. Manakala penghisap belakang berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakannya (seperti ulat beluncas). Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak.
Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.
Lintah telah lama diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejak berabad-abad yang lampau sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.
Sekarang ni pun,dah banyak produk di pasaran tempatan terhasil dari lintah ni,antaranya Minyak lintah ( urut ),krim pencuci muka,krim membuang lemak,minyak rambut dan sebagainya.

YANG KITA TAK TAHU DAN NAK TAHU

1-terdapat 650 spesis lintah
2-lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
3-kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
4-lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
5-lintah mengeluarkan telur seperti jelly,jika lintah bertelur di tanah ia akan membentuk kokun.

terdapat antara 20 hingga 50 anak lintah didalam satu kokun.adakalanya lebih dari itu.
6-tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan

cacing tanah dan lain-lain.
7-Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia

memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
8-Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
9-Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan

pembekuan darah
10-Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
11-Lintah boleh menghisap darah sehingga 5 kali berat badannya
12-Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi.

Kemungkinan ketika India purba
13-Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada

kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual.
14-Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk
memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
15-Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
16-Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
17-Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal



KEHIDUPAN LINTAH






Lintah dikategorikan dalam Filum Annelida (cacing bersegmen) kelas Hirundinea. Lintah merupakan hidupan yang bersegman dan berulas, walaupun hamper sana dengan cacing tanah, ia mempunyai car hidup yang amat berbeza dab terperinci.

Badan lintah terbahagi kepada jumlah bahagian yang sama iaitu 34 ulas, dengan kuasa lekatan yang amat kuat dikedua dua hujung dan pangkal. Bentuk badannya yang lebar pada bahagian atas dan bawah. Bentuk bandan nya yang mampu berubah mengikutkeadaaan, tetapi kebanyakannya mampu memanjang pada tahap teetentu bergantung pada tahap tertentu kepada saiz danb kekuatan nya . mempunyai 2 penghisap (sucker) iaitu dihadapan dan dibelakang.

Lintah mempunyai 3 rahang dan membentuk huruf Y tetapi tidak bersambung.

Jenis yang berbeza

Lintah dibezakan mengikut kaedah ia makan. Satu kumpulan (lintah berahang atau Gnatbobdellida) menpunyai dan gigi untuk menggigit mangsa. Sejenis cecair yang dinamakan hidrudin dihasilkan daripada sel sel hidup dan bertindak sebagai pengantikental. Ia amat berbeza daripada pacat.









Kumpulan kedua ( tiada rahang atau Rhyncobdellida) dimana lintah jenis ini memasukkan jarum yang agak menonjol seperti belalai kedalam mangsa dan mengeluarkan enzim hemetin bagi menlenyapkan pembekuan selepas terbentuk

Kempulan ketiga merupakan lintah bulan dimana jenis ini tiada rahang mahupun gigi dan akan menelan kulat atau serangga.

Pernafasan

Lintah bernafas melaluikeseluruhan dinding badannya dan pergerakkan yang perlahan dan beralun adalah untuk membantunya menukarkan gas. Lintah yang hidup didialam air cenderung untuk bergerak dipermukaan apbila mendapati ia kekurangan bekalan aksigen didalam air.

Deria

Organ deria rasa yang terletak dibahagian hadapan dan belakang mampu member maklumat kepada lintah mengenai ketelusan cahaya, suhu dan pergerakan. Penerima kimia dikepala member maklumat mengenai baud an disitu mempunyai beberapa pasang mata.

Lintah yang tiada rahang (Rhyncobdellids) mampu mengubah warna mengikut keadaan akan tetapi ia gagal menyamar sekiranya ia tidak dapat memastikan mangsa pada masa itu.

Pembiakan

Lintah mempunyai kedua dua jantina iaitu kemaluan ja

ntan dan betina. Sepertiu cacing tanah lintah juga menpunyai klitelum, ia akan berada dikulit tebal ketika musim membiak. Persenyawaan melibatkan kedua dua alat kelamin dimana badan menghasilkan sperma berhampiran dengan bahagian klitelum. Bagi lintah (Rhyncobdellis) ia todak mempunyai alat kelamin jantan akan tetapi dinding badannya mampu menghasilkan sperma.









Sperma ini akan menuju kerahim dimana penyatuab bertempat. Klitelum pula mengeluarkan sejenis cecair yang pekat yang dikenali sebagai kokon yang mengandungi nutrin untuk meneluarkan anak didalam nya.

Lintah akan melepaskan kokon ini sebaik saja ia melepasi bahagian kepala lintah.

Kokon akan ditinggalkan pada bata kayu atau daun dan akan dipenuhi dengan buih. Selepas beberapa minggu,kokom tadi akan berubah menjadi juvenile (anak Lintah). Juvenil mempunyai sifat yang sama dengan lintah dewasa tetapi saiznya yang kecil dan berwarna merah. Purata tempoh matang ialah 6 bulam selepas keluar dari kokon domana pada peringkat ini ia sudah mampu mengawan. Lintah tempatan (Hirudinaria Manillensis) dilaporkan boleh hidup sekitar 6 hingga 8 tahun dan mampunyai tahap pembiakkan yang tinggi pada umur sekitar 2 hingga 3 tahum.

Permakanan Lintah

Lintah merupakan sejenis parasit yang hidup menumpamg haiwan lain. Sesetengan lintah akan menghisap darah manusia dan haiwan seperti lempu kerbau dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya dapat menghisap darah yang tercatat di atas ia akan mencari mangsa lain seperti ikan katak belut dan sebagainya.

Selepas menghisap darah sehingga kenyang , ia akan mencari tempat yang gelap untuk menghadamkan makanannya. Teopoh penghadamannya agak panjang dan manpu bertahan sehingga berbulan bulan setelah mendapat makanan.

Habitat Lintah

Kebanyakan lintah merupakan hidupan air tawar akan tetapi ada juga yang hidup didarat. Lintah yang hidup didarat biasanya boleh didapati dihutan hujan. Lintah jenis ini tidak tahu berenang akan tetapi mempu bertahan lama sekiranya tenggelam. Dikawasan yang panas dan kering, lintah akan bersembunyi didalam tanah atau ditempat yang lembab supaya ia dapatr bertahan dan hidup lebih lama. Dalam keadaan ini badannya akan menjadi kering dan mengcut dan ia tidak mampu menyedut darah. Dalam masa 10 minit sekiranya ia terkena percikan air ia akan kembali aktif. Lintah yang hidup didalam air pula lebih suka air yang tenang atau pun yang mengalir perlahan. Akan tetapi ada juga jenis yang hidup didalam air yang deras.

Untuk menjauhkan Lintah

Kebiasaannya ramai orang yang mahu dirinya dijauhi lintah, ada berapa kaedah untuk mengelakkan daripada digigit lintah ini antaranya

Menyapukan sabun pada kulit dan dibiarkan kering

Menyapukan minyak kayu putih

Limau nipis dan lemon

sumber http://www.austmus.gov.au/factSheets/leeches.htm

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...buat rakan-rakan,sahabat,teman dan semua yg dikenali atau tak di kenali,terima kasih diucapkan kerana sudi menjengah ke blog LINTAH DUNIA nih..
Bila sebut pasal lintah aje,dah ade yang geli geleman,yang takut pun ada juga,hmm..tapi banyak orang tak tahu tentang kelebihan lintah ni,sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis,darah tinggi,kudis,radang sendi atau sebagainya boleh menggunakan bekam lintah untuk mengubati penyakit tersebut.
Malah di luar negara,sesetengah hospital ada menggunakan lintah untuk menyambungkan bahagian telinga atau jari yang terputus,hebatkan..dan masih banyak lagi kelebihan lintah yang masih dalam kajian.
Sambil-sambil berkongsi cerita leh gak dapatkan info dari semua tentang penjagaan lintah dan sebagainya.. terima kasih sekali lagi.

Salam pekenalan...azman

P/S - jika terkurang tolong tambah,jika tersilap mohon maaf.